Selasa, 5 Jun 2007

Skim Prosper Siswazah

Latarbelakang

Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini, PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang bertujuan untuk mendorong, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.

Objektif
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.

Skim PROSPER Siswazah

I) Kemudahan Pinjaman.

PROSPER Siswazah menyediakan 2 jenis pakej pinjaman yang berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan.Pakej-pakej pinjaman ini adalah;

Pakej A
Menyediakan pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 3 sehingga 7 tahun.

Pakej B
Menyediakan pinjaman dari RM 50,001 sehingga maksimum RM 100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 5 sehingga 7 tahun.


II) Perkhidmatan Perniagaan

Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan,pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.

Syarat Kelayakan

Siswazah sasaran
· Siswazah Bumiputera yang memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
· Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh pendaftaran.
· Setiap usahawan dapat membiayai modal minimum sebanyak RM 500
. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.

Perniagaan
· 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
· Perniagaan baru atau peringkat perkembangan

Skop perniagaan

· Runcit
· Pengedaran
· Jualan Terus dan Stokis
· Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
· Perkhidmatan Profesional
· Industri Desa berasaskan Pertanian
· Perkhidmatan dari Rumah
· Perkhidmatan Pendidikan

Proses Permohonan
  1. Peserta mendaftar melalui Borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus Rancangan Perniagaan selama 3 hari ( yuran : RM50.00)
  4. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan
  5. Kelulusan pembiayaan
  6. Peserta menghadiri Kursus Asas Keusahawanan selama 4 hari.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper_siswazah@punb.com.my
Web : http://www.prosper.com.my/

Tiada ulasan: