Selasa, 5 Jun 2007

Skim Prosper Runcit

1)Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit
Terdapat 2 jenis pakej pembiayaan bagi PROSPER Runcit iaitu,
a) Pakej Perkongsian Perniagaan
b) Pakej Pinjaman & Perkhidmatan

a) Pakej Perkongsian Perniagaan

Melalui pakej ini, anda boleh mendapat pembiayaan kewangan sehingga RM 1 juta dengan dua cara:

Pembiayaan Ekuiti

Di bawah pakej ini, PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 10% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan prinsip Syari'ah, Musyarakah Mutanaqisah, iaitu perkongsian ke arah pengurangan pemilikan dalam syarikat usahawan.

Kemudahan Pinjaman

Baki kos projek sehingga maksimum 80% akan dibiayai melalui pinjaman yang berlandaskan prinsip Syari'ah.

prosper_biaya.jpg

b. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan

• Kemudahan Pinjaman

PUNB menawarkan pinjaman yang berlandaskan prinsip Syari'ah Qard Al-Hasan, dimana peminjam perlu membayar balik wang pokok secara ansuran mengikut jadual pembayaran yang di tetapkan. Pakej ini menyediakan pinjaman sehingga 90% dari kesuluruhan kos projek yang tidak melebihi RM200,000.


prosper_bm_cal1.gif


• Perkhidmatan Perniagaan

Selain dari memberi kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera, pakej ini juga menyediakan perkhidmatan perniagaan untuk khidmat pra-operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan.Perkhidmatan-perkhidmatan ini di kenakan bayaran bulanan yang berpatutan kepada usahawan.

2) Khidmat Kenalpasti Premis Perniagaan
Usahawan dengan bantuan TPPT Sdn Bhd (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia) akan mengenalpasti lokasi premis yang sesuai dan strategik.Jika sesuai dan premis ditawar untuk jualan, TPPT boleh membeli premis tersebut dan menyewakannya kepada usahawan pada separuh kadar sewaan semasa untuk tempoh tiga (3) tahun. Usahawan boleh membeli premis tersebut dari TPPT apabila perniagaan mereka sudah stabil.

prosper_bm_cal3.gif

3) Bantuan Membangun Kemahiran Keusahawanan
Kami menyediakan kursus-kursus untuk membangun kemahiran usahawan bagi memacu kesedaran tentang perniagaan, motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran memantau operasi dan tadbir urus korporat.

4) Pengurusan Perakaunan
Kami juga menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan aliran tunai melalui panel firma-firma akauntan Bumiputera yang dilantik.

Bidang Perniagaan
PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang - bidang seperti berikut:

  • Kedai Runcit / Pasar Mini
  • Kedai Elektrik & Elektronik
  • Kedai Cermin Mata / Jam
  • Kedai Gambar / Cendermata / Bunga
  • Kedai Dobi
  • Penjualan Makanan (termasuk bakeri)
  • Kedai Peralatan Komputer / Telekomunikasi & IT
  • Kedai Buku / Alat Tulis
  • Kedai Tekstil & Pakaian / Barang Kemas / Aksesori Wanita
  • Farmasi
  • Peralatan Sukan & Rekreasi
  • Pusat Perabot / Perhiasan Rumah
  • Pembekal Bahan Binaan
  • Pengusaha Stesen Minyak
  • Pengedar / Bengkel Baik Pulih Kenderaan
  • Klinik Perubatan / Gigi / Mata, Firma Arkitek dan lain lain firma profesional yang diiktiraf oleh kerajaan *
  • Lain lain perniagaan yang sesuai

Nota: * Pembiayaan untuk profesional hanya melalui Pakej Pinjaman & Perkhidmatan


Syarat Kelayakan

Usahawan

  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri - ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus - kursus yang dikenal pasti
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa
  • Membiayai sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah kos projek

Perniagaan

  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputra
  • Perniagaan yang berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM 1 juta
  • Perniagaan yang tidak mengambil cagaran ke atas sebahagian aset syarikat
  • Lokasi perniagan telah dikenal pasti

Proses Permohonan

Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut;

proces_pembiayaan.jpg


Cara Memohon

Dapatkan borang pendaftaran secra percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper@punb.com.my

Tiada ulasan: