Selasa, 12 Jun 2007

Labur Sekarang - Saranan TPM Ambil Kesempatan Semasa Ekonomi Posotif

PUTRAJAYA 26 Mac – Pelabur kecil disaran mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang baik sekarang untuk melabur dalam unit-unit amanah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, unit amanah merupakan pelaburan berisiko minimum dan mampu memberi tambahan pulangan dalam keadaan ekonomi yang berkembang dengan terlaksananya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Dengan prospek ekonomi yang positif, jadi pada masa ini amat baik bagi kita melabur dalam unit amanah.

‘‘Saya tidak kata main saham di pasaran, ini adalah keputusan individu tetapi kalau kita pemain kecil adalah lebih baik kita melabur dalam amanah saham,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) 2007 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara adalah stabil dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini dijangka terus kukuh pada tahap enam peratus manakala kadar inflasi akan dibendung pada tahap lebih rendah tahun ini.

‘‘Semua ini jelas menunjukkan keadaan yang mantap dan keyakinan yang tinggi terhadap ekonomi negara.

‘‘Kesempatan sebegini patutlah direbut oleh pelabur untuk mengatur perancangan kewangan yang sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam merebut pulangan pelaburan yang dijangka menjadi lebih bermakna dalam keadaan ekonomi seperti sekarang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Najib berkata, PNB berjaya meraih keyakinan yang tinggi di kalangan pelabur dan ia terbukti apabila jumlah pemegang akaun yang mencecah 8.5 juta dengan jumlah unit dalam pengurusan sebanyak 64 bilion unit.

Ini bermakna, kata beliau, lebih dari satu pertiga rakyat negara ini telah menjadi pelanggan saham PNB.

‘‘Tidak dinafikan ia adalah satu pencapaian yang kita boleh banggakan, namun hakikatnya PNB boleh dan mesti lakukan sesuatu yang lebih baik supaya nilai pegangannya dalam pasaran unit amanah terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut menjadi satu cabaran bagi PNB kerana berdasarkan Laporan Suruhanjaya Sekuriti 2006 menyebut bahawa unit amanah merupakan segmen yang paling pantas berkembang dalam pasaran modal negara.

Bagi tahun lalu, kata Najib, jumlah unit amanah yang diluluskan bertambah sebanyak 22.4 peratus dengan nilai aset bersih meningkat kepada RM121.8 bilion iaitu 23.6 peratus.

Namun, katanya, ia hanya merupakan 14.4 peratus daripada nilai pasaran modal di Bursa Malaysia.

‘‘Jadi saya percaya terdapat banyak peluang bagi PNB untuk mengembangkan lagi produknya di samping terus aktif dalam usaha pendidikan seumpama ini sekali gus menyediakan kesinambungan masyarakat yang celik pelaburan,” katanya.

Ditanya mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, Melaka, Najib berkata, cadangan calon berkenaan akan dibawa oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

‘‘Dia akan bincang dan akan bawa nama (calon), saya ingat tidak lama lagi kerana 3 April sudah hari penamaan calon,” katanya.

Written by HELMI MOHD FOAD dan HABIBAH OMAR

Khamis, 7 Jun 2007

Panduan Lengkap Usahawan Ternakan Kambing Dalam Bentuk Cetakan dan CD

Ingin menjadi Usahawan Tani Ternakan Kambing? Kami menyediakan bahan berkaitan dalam bentuk cd ataupun cetakan dengan harga berpatutan. Antara kandungan yang terdapat didalam CD dan cetakan adalah seperti berikut:

Kandungan
1. Pengenalan > Usahawan Tani Ternakan Kambing
2. Manual Penternakan Kambing Fidlot
3. Gambar Berkaitan Ternakan Kambing
4. Video Berkaitan Ternakan Kambing
5. Contoh Format Rancangan Perniagaan Untuk Ternakan Kambing
6. Skim Akreditasi Ladang Ternakan Malaysia ( SALT )

USAHAWAN TANI TERNAKAN KAMBING

1. Baka Kambing
2. Sistem Pengurusan
3. Perumahan
4. Pengurusan Kambing
5. Pemakanan
6. Kawalan Penyakit
7. Analisis SWOT
8. Strategi Meluaskan Pasaran Ternakan

MANUAL TERNAKAN KAMBING FIDLOT

1. Pendahuluan
2. Jenis Kambing
3. Cara Pemilihan Baka
4. Pemeliharaan Untuk Tujuan Pengeluaran Daging
5. Cara Pemeliharaan
6. Panduan Membina Rumah Kambing
7. Pembinaan Kandang
8. Pengurusan Kambing
9. Pembiakan Kambing
10. Pemakanan Kambing
11. Kesihatan & Kawalan Penyakit
12. Penutup

HARGA
Dalam bentuk Cetakan : RM 70.00 (termasuk pos)
Dalam Bentuk CD : RM 50.00 (termasuk pos)

Rabu, 6 Jun 2007

Skim Tekun Niaga

TEKUN NIAGA

Pembiayaan sebagai modal tambahan kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada.


Aktiviti

Gerai tetap, Gerai bergerak, Kedai tetap, Perniagaan perkhidmatan, Pengangkutan, Pembuatan.


Kelayakan Asas

• Bumiputera berumur 18-60 tahun
• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
• Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
• Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000
• Telah berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah


Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

Dipetik dari;
http://.www.tekun.gov.my/

Skim Tekun Tani

TEKUN TANI

Pembiayan disediakan sebagai modal untuk memula / mengembangkan perniagaan / projek pertanian.

Aktiviti

Tanaman Kontan : Pisang, Jagung, Tebu dan Sayuran
Tanaman Hiasan : Orkid, Kaktus dan Bonsai

Kelayakan Asas

• Bumiputera berumur 18-60 tahun
• Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
• Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
• Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
• Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 20,000
• Mempunyai tanah sendiri/sewa atau projek usahasama dengan Persatuan Belia/Agensi Kerajaan/NGO

Syarat Tambahan

• Seorang penjamin dari kalangan keluarga/saudara-mara/kawan
• 10% hingga 15% kos pembiayaan disediakan oleh usahawan
• Tapak projek berdekatan (lingkungan 20km) dengan pejabat YTN atau berdekatan dengan kediaman staf YTN

Jumlah pembiayaan

Pembiayaan adalah berdasarkan keperluan projek yang dilaksanakan di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.

Bayaran balik

Bayaran balik pembiayaan adaah mengikut ’grace period’ sehingga projek mengeluarkan hasil atau memilih membayar secara mingguan/bulanan/musim.

Dipetik dari;
http://www.tekun.gov.my/

Peluang Yang Pihak Kerajaan Tawarkan Kepada Bumiputera

Sebenarnya, banyak peluang yang pihak kerajaan / agensi kerajaan tawarkan kepada Bumiputera. Samada kita tahu ataupun tidak ambil peduli langsung perkara ini. Anda boleh layari website yang akan saya nyatakan dibawah dan manfaatkanlah peluang tersebut.

Andai kata peluang tersebut diberi kepada bukan Bumiputera..... fikirkahlah apa yang boleh mereka lakukan. Tanpa bantuan dari kerajaan / agensi kerajaan pun mereka boleh berjaya. inikan pula dengan bantuan kerajaan / agensi kerajaan.

1 - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
2 - MARA
3 - Yayasan Tekun
4 - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
5 - SMIDEC
6 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
7 - Matrade

akan bersambang .....

Selasa, 5 Jun 2007

Skim Prosper Runcit

1)Pakej Keusahawanan PROSPER Runcit
Terdapat 2 jenis pakej pembiayaan bagi PROSPER Runcit iaitu,
a) Pakej Perkongsian Perniagaan
b) Pakej Pinjaman & Perkhidmatan

a) Pakej Perkongsian Perniagaan

Melalui pakej ini, anda boleh mendapat pembiayaan kewangan sehingga RM 1 juta dengan dua cara:

Pembiayaan Ekuiti

Di bawah pakej ini, PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 10% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan prinsip Syari'ah, Musyarakah Mutanaqisah, iaitu perkongsian ke arah pengurangan pemilikan dalam syarikat usahawan.

Kemudahan Pinjaman

Baki kos projek sehingga maksimum 80% akan dibiayai melalui pinjaman yang berlandaskan prinsip Syari'ah.

prosper_biaya.jpg

b. Pakej Pinjaman & Perkhidmatan

• Kemudahan Pinjaman

PUNB menawarkan pinjaman yang berlandaskan prinsip Syari'ah Qard Al-Hasan, dimana peminjam perlu membayar balik wang pokok secara ansuran mengikut jadual pembayaran yang di tetapkan. Pakej ini menyediakan pinjaman sehingga 90% dari kesuluruhan kos projek yang tidak melebihi RM200,000.


prosper_bm_cal1.gif


• Perkhidmatan Perniagaan

Selain dari memberi kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera, pakej ini juga menyediakan perkhidmatan perniagaan untuk khidmat pra-operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan.Perkhidmatan-perkhidmatan ini di kenakan bayaran bulanan yang berpatutan kepada usahawan.

2) Khidmat Kenalpasti Premis Perniagaan
Usahawan dengan bantuan TPPT Sdn Bhd (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia) akan mengenalpasti lokasi premis yang sesuai dan strategik.Jika sesuai dan premis ditawar untuk jualan, TPPT boleh membeli premis tersebut dan menyewakannya kepada usahawan pada separuh kadar sewaan semasa untuk tempoh tiga (3) tahun. Usahawan boleh membeli premis tersebut dari TPPT apabila perniagaan mereka sudah stabil.

prosper_bm_cal3.gif

3) Bantuan Membangun Kemahiran Keusahawanan
Kami menyediakan kursus-kursus untuk membangun kemahiran usahawan bagi memacu kesedaran tentang perniagaan, motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran memantau operasi dan tadbir urus korporat.

4) Pengurusan Perakaunan
Kami juga menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan aliran tunai melalui panel firma-firma akauntan Bumiputera yang dilantik.

Bidang Perniagaan
PROSPER Runcit menawarkan peluang perniagaan runcit dalam bidang - bidang seperti berikut:

  • Kedai Runcit / Pasar Mini
  • Kedai Elektrik & Elektronik
  • Kedai Cermin Mata / Jam
  • Kedai Gambar / Cendermata / Bunga
  • Kedai Dobi
  • Penjualan Makanan (termasuk bakeri)
  • Kedai Peralatan Komputer / Telekomunikasi & IT
  • Kedai Buku / Alat Tulis
  • Kedai Tekstil & Pakaian / Barang Kemas / Aksesori Wanita
  • Farmasi
  • Peralatan Sukan & Rekreasi
  • Pusat Perabot / Perhiasan Rumah
  • Pembekal Bahan Binaan
  • Pengusaha Stesen Minyak
  • Pengedar / Bengkel Baik Pulih Kenderaan
  • Klinik Perubatan / Gigi / Mata, Firma Arkitek dan lain lain firma profesional yang diiktiraf oleh kerajaan *
  • Lain lain perniagaan yang sesuai

Nota: * Pembiayaan untuk profesional hanya melalui Pakej Pinjaman & Perkhidmatan


Syarat Kelayakan

Usahawan

  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai ciri - ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi
  • Sanggup mengikuti kursus - kursus yang dikenal pasti
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan institusi kewangan
  • Sanggup bekerja sepenuh masa
  • Membiayai sekurang - kurangnya 10% daripada jumlah kos projek

Perniagaan

  • Bidang peruncitan
  • Perniagaan 100% milik Bumiputra
  • Perniagaan yang berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM 1 juta
  • Perniagaan yang tidak mengambil cagaran ke atas sebahagian aset syarikat
  • Lokasi perniagan telah dikenal pasti

Proses Permohonan

Proses pendaftaran dan kelulusan pembiayaan projek adalah seperti berikut;

proces_pembiayaan.jpg


Cara Memohon

Dapatkan borang pendaftaran secra percuma atau daftarlah secara talian terus (online) melalui laman portal ini. Borang yang diisi dengan lengkap perlu dihantar kepada:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper@punb.com.my

Skim Pemborong Prosper

Latar Belakang

Pemborongan dan pengedaran adalah satu bahagian penting dalam rantaian bekalan bahan. Usahawan Bumiputera perlu merebut peluang perniagaan dalam sektor yang berpotensi ini di samping menyokong usahawan dalam bidang peruncitan.

Bagi mencapai tujuan ini, PUNB menyediakan satu pakej keusahawanan khusus untuk membangun usahawan Bumiputera sebagai pemborong, pengedar atau pembekal yang berdaya maju dan berdaya saing.

Skim Pemborong PROSPER ini disasarkan kepada Bumiputera yang ingin memula atau mengembang perniagaan pemborongan, pengedaran atau pembekalan.

Objektif Skim

  • Membangun usahawan Bumiputera dalam aktiviti belian dan jualan pukal bahan serta bekalan.
  • Menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.

Pakej Keusahawanan

1. Pembiayaan

Skim berlandaskan prinsip Syari'ah ini menawarkan pembiayaan di antara RM250,000 sehingga maksimum RM5 juta. Tempoh pembayaran balik pembiayaan ialah sehingga tujuh (7) tahun.

Tujuan pembiayaan boleh merangkumi keperluan modal pusingan, pembelian stok dan aset, serta lain-lain keperluan yang berkaitan dengan perniagaan dicadangkan.

2. Perkhidmatan Perniagaan

Selain dari penyediaan pembiayaan, skim ini juga menawarkan khidmat pemantauan, kenal pasti premis, jaringan perniagaan serta latihan keusahawanan.

Kesemua khidmat ini adalah untuk menyediakan landasan kepada usahawan Bumiputera merebut peluang perniagaan serta berkongsi pendapat dan pengalaman bagi memantapkan perniagaan mereka.

Syarat Kelayakan

1. Usahawan

  • Bumiputera
  • Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang hendak diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan sedia ada atau telah mendapat kontrak/hak pembekalan/pengedaran sesuatu barangan.
  • Membiayai sekurang-kurangnya 20% daripada kos projek.
  • Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
  • Komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan.
  • Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti.

2. Perniagaan

  • Berbentuk pemborongan, pengedaran atau pembekalan.
  • Dimiliki dan diusahakan oleh Bumiputera.
  • Berdaya maju dan mempunyai sinergi dengan bidang peruncitan.

Bidang Perniagaan

PUNB menawarkan peluang pembiayaan dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Makanan
  • Bahan binaan dan kelengkapan binaan
  • Kejuruteraan - alat ganti dan jentera
  • Keperluan berasaskan pertanian
  • Barangan dan kelengkapan kesihatan dan farmasi
  • Barangan herba / kosmetik
  • Barangan berasaskan tekstil
  • Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan

Proses Penilaian
1. Penilaian Awal
Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke PUNB untuk dipertimbangkan. PUNB akan berbincang dengan pemohon untuk memahami cadangan perniagaan secara menyeluruh. Penilaian awal tertumpu kepada lima (5) aspek utama perniagaan iaitu produk, pasaran, pengurusan, operasi dan kewangan untuk menentukan penilaian seterusnya.


2. Pembentangan Cadangan Perniagaan
Jika melepasi penilaian awal, pemohon akan diminta membuat pembentangan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Penilaian PUNB yang akan menilai lima (5) aspek utama perniagaan yang dimaksudkan dan kriteria pelaburan pemohon.

3. Penilaian dan Usaha Wajar
Setelah Jawatankuasa Penilaian PUNB berpuas hati dengan cadangan perniagaan dan mendapat persetujuan pemohon, satu penilaian terperinci serta usaha wajar akan dijalankan berasakan lima (5) aspek perniagaan dinyatakan, entiti perniagaan dan latar belakang pemohon.

4. Kelulusan dan Dokumentasi
Apabila selesai penilaian terperinci dan usaha wajar, cadangan perniagaan akan dimajukan ke Jawatankuasa Pelaburan PUNB untuk kelulusan, diikuti proses dokumentasi berkaitan terma dan syarat pembiayaan.

5. Pengeluaran Dana dan Pelaksanaan
Setelah semua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi, PUNB akan mengeluarkan dana kepada perniagaan untuk digunakan bagi tujuan yang dipersetujui. PUNB akan memantau pelaksanaan perniagaan supaya penggunaan dana mencapai sasaran perniagaan.

Cara Memohon

Untuk memohon, sila hantarkan cadangan perniagaan anda yang lengkap dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk berikut:

1. Ringkasan Eksekutif
Peluang perniagaan, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah pembiayaan dan kegunaannya dan ringkasan penyata pendapatan serta keperluan modal untuk lima (5) tahun.

2. Peluang Perniagaan
Huraian produk dan bagaimana ia dapat memenuhi keperluan usahawan peruncitan.

3. Strategi Perniagaan
Ulasan strategi perniagaan termasuk kewangan dan pembangunan perniagaan.

4. Pelan Pemasaran
Keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengedaran, strategi dan rancangan jualan, persaingan dan kedudukan perniagaan.

5. Pelan Operasi
Pelan operasi harian, perolehan bekalan, keperluan peralatan dan kemudahan serta pelan pentadbiran.

6. Pengurusan dan Kakitangan Utama
Maklumat lengkap kakitangan utama, organisasi, perancangan sumber manusia dan program insentif & ganjaran, jika ada.

7.Unjuran Kewangan
Ramalan lima (5) tahun termasuk penyata untung dan rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran wang tunai.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:

Sekretariat PROSPER
(Skim Pemborong PROSPER)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel ke: pemborong@punb.com.my
Web : http://www.prosper.com.my/

Skim Prosper Siswazah

Latarbelakang

Peluang untuk siswazah muda Bumiputera menceburi diri dalam bidang perniagaan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masih terbuka luas. Menyedari keadaan ini, PUNB mengalu-alukan siswazah muda Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dan menyumbang ke arah pembentukan golongan usahawan Bumiputera yang berintelek.

Sehubungan itu, kami menyediakan pakej keusahawanan khas PROSPER Siswazah yang bertujuan untuk mendorong, membimbing dan membangun siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.

Objektif
  • Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan, khususnya perniagaan runcit dan pengedaran.
  • Membantu siswazah muda Bumiputera memulakan perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang teratur dan sistematik.

Skim PROSPER Siswazah

I) Kemudahan Pinjaman.

PROSPER Siswazah menyediakan 2 jenis pakej pinjaman yang berlandaskan prinsip Qard Al-Hasan.Pakej-pakej pinjaman ini adalah;

Pakej A
Menyediakan pinjaman dari RM 5,000 sehingga RM 50,000 untuk perniagaan tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd. Usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 3 sehingga 7 tahun.

Pakej B
Menyediakan pinjaman dari RM 50,001 sehingga maksimum RM 100,000 untuk perniagaan perkongsian atau Sdn Bhd. Setiap usahawan perlu menyumbang modal minimum sebanyak RM 500 untuk satu projek. Tempoh pembayaran balik pinjaman ialah dari 5 sehingga 7 tahun.


II) Perkhidmatan Perniagaan

Pakej pinjaman A dan B ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan khidmat pra-operasi perniagaan,pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada usahawan.

Syarat Kelayakan

Siswazah sasaran
· Siswazah Bumiputera yang memiliki sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
· Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada tarikh pendaftaran.
· Setiap usahawan dapat membiayai modal minimum sebanyak RM 500
. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.

Perniagaan
· 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan
· Perniagaan baru atau peringkat perkembangan

Skop perniagaan

· Runcit
· Pengedaran
· Jualan Terus dan Stokis
· Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
· Perkhidmatan Profesional
· Industri Desa berasaskan Pertanian
· Perkhidmatan dari Rumah
· Perkhidmatan Pendidikan

Proses Permohonan
  1. Peserta mendaftar melalui Borang PROSPER
  2. Peserta menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan
  3. Peserta hadiri kursus Rancangan Perniagaan selama 3 hari ( yuran : RM50.00)
  4. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan
  5. Kelulusan pembiayaan
  6. Peserta menghadiri Kursus Asas Keusahawanan selama 4 hari.

Pemohon hendaklah menghantar cadangan perniagaan ke:

Sekretariat PROSPER
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

atau

Emel : prosper_siswazah@punb.com.my
Web : http://www.prosper.com.my/

Isnin, 4 Jun 2007

Bio-Asli.Desaku.Net

Asalamualaikum wbt .

Terlebih dahulu terima kasih kami ucapkan kerana anda telah berfikiran positif untuk mengetahui konsep perniagaan yang cuba kami perkenalkan ini. Dari pengalaman kami, ramai yang telah berjaya kerana ianya sangat mudah. Anda boleh berjaya kalau anda mahu dan meletakkan matlamat itu di dalam diri anda disamping berusaha, dan begitulah juga sebaliknya.

Kami harapkan peluang ini akan menjadi titik tolak kepada anda, menemui jalan yang anda cari selama ini. Kami juga berharap anda dapat meluangkan masa untuk meneliti setiap perkataan yang kami sampaikan disini dan fikirlah dengan pemikiran yang positif. Jika anda penat membacanya, kami lebih dari itu lagi untuk menyediakan semuanya ini untuk anda.

Seandainya anda sekarang ini kepenatan atau ketiadaan waktu, berehatlah dahulu, bacalah apabila anda benar-benar tenang kerana dengan ketenangan sahaja kita mampu untuk membuat keputusan yang bijak.

Harap maklum, perniagaan yang kami amalkan ini adalah berkonsepkan IT-promotion commission 20 level ( internet dan sms ) tetapi oleh kerana terlalu banyak saingan dari syarikat lain disamping ingin membebaskan diri dari terperangkap dengan sistem perniagaan yang tidak ekonomi, membazir masa dan juga kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat maka kami mencari idea baru yang lebih mesra pelanggan disamping memudahkan urusan perniagaan. Setelah beberapa tahun dibuat kajian dan penelitian maka kami dapati penggabungan sistem IT-Multilevel Marketing dengan sistem penghantaran secara POS ( MAIL ORDER ) yang dijamin selamat ( diinsurankan) sungguh mudah dan sambutan di pasaran adalah amat menakjubkan sekali . Ia adalah idea kami yang terbaru dan kami dapati ia adalah cara paling malas untuk mencari wang .

Ini kerana dengan sistem IT-promotion commissions dan secara POS(MAIL ORDER) banyak perkara yang dapat dijimatkan samada modal atau masa dan ianya sangat mudah, murah dan lebih berkesan dalam strategi pemasaran serta menguntungkan semua pihak.

Buat permulan syarikat hanya menawarkan 5 produk herba iaitu vcop, vcoh, vco31 dan Jus Mas Rozel(terbaru). Produk baru akan memasuki pasaran secara berperingkat, berpandukan suasana dan strategi pemasaran.

Akhir kata DesaKu mengucapkan selamat membuat 'perniagaan promosi' yang sangat mudah dengan bantuan sms , internet dan pos.

Ikhlas dari,

Desaku


Daftar Sekarang! Tak Sampai 2 Minit Pun. Keahlian PERCUMA!!! Klik link dibawah untuk menjadi ahli secara PERCUMA.

www.bio-asli.desaku.net/daftar.asp?id=msbiz

Jangan ketinggalan. Dengan menjadi ahli Bio-Asli anda boleh membeli barangan dengan harga stokis.

Laman Web;
http://www.bio-asli.desaku.net/daftar.asp?id=msbiz

MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

Laman Web;
http://www.mara.gov.my/

MeCD

Portal Usahawan ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk kemudahan usahawan-usahawan. Pelbagai artikel, maklumat terkini serta panduan laman-laman web terdapat di sini untuk memberi inspirasi dan petunjuk.

Laman Web;
http://www.mecd.gov.my/